Followers
Thursday, March 19, 2015
HUDUD - UMNO KINI TERCABAR...
Hari ini bukan hanya hari paling bersejarah buat negeri Kelantan tetapi sesungguhnya ia suatu hari yang bersejarah buat Malaysia dan buat mereka yang menyokong dan mendukung perjuangan Islam.
Pagi tadi Ustaz Dato MB Kelantan ( gambar bawah ) telah membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Pindaan enakmen berkenaan kiranya diluluskan akan membuka jalan bagi perlaksanaan Hukum Hudud di negeri “Serambi Mekah” itu. Proses seterusnya selepas memperolehi kelulusan adalah membawa satu Private Bill ke Parlimen untuk mendapat kelulusan dan akhirnya akan menyaksikan Kelantan sebagai negeri pertama dalam Malaysia yang melaksanakan hukum jenayah Islam berlandakan al Quran.
Persidangan dewan telah ditangguhkan tengahari tadi dan akan disambung pagi esok.
Ustaz Dato Ahmad Yakob semasa pembentangannya pagi tadi dilaporkan oleh media sebagai berkata:
“….. pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkan hari ini adalah “golongan yang tidak beriman”.
Jelas golongan yang dimaksudkan oleh MB itu adalah dikalangan orang-orang Islam, kerana yang bukan Islam memang telah tidak beriman.
Satu fakta ketara dalam pindaan ini adalah bahawa ianya menidakkan sama sekali perlaksanannya ke atas rakyat Kelantan yang tidak beragama Islam. Malah tiada opsyen atau pilihan pun buat mereka untuk memilih diadili di bawah undang-undang ini.
(Oleh itu tidak ada sebab samada Gerakan, MCA, DAP atau sesiapa sahaja yang kononnya menjuarai kepentingan bukan Islam mahu meneruskan penentangan mereka, ini hal dan urusan orang Islam)
Maka layaklah apabila MB berkata, yang terus mengkritik undang-undang ini sesungguhnya golongan yang tidak beriman.
PAS Kelantan memikul tanggungjawab meluluskan undang-undang ini kerana itulah janjinya sejak memperoleh kuasa pada tahun 1990. Malahan itulah janji PAS setiap kali menyertai pilihanraya umum, iaitu bergerak untuk melaksanakan hukum dan peraturan yang diredhai Allah swt.
Ia diluluskan di Kelantan dan telah pun diluluskan di Terengganu semasa penggal PAS memerintah negeri berkenaan selepas PRU 1999.
Oleh itu saya merasakan amat tidak adil apabila ada pihak-pihak menggunakan bencana banjir sebagai alasan untuk Kelantan tidak mengambil inisiatif ini.
Sesungguhnya Kelantan memang sedang pesat memulihkan negeri berkenaan setelah menghadapi bencana banjir paling buruk akhir tahun lalu. Namun usaha untuk meluluskan undang-undang dan peraturan yang merupakan perintah Allah swt ini, tidak seharusnya dilontar ke belakang semata-mata atas alasan pemulihan banjir.
Kerja-kerja pemulihan banjir perlu diteruskan dan dalam waktu yang sama, kerja-kerja memungkinkan negeri berkenaan memperoleh redha Allah swt juga perlu diteruskan.
Hari ini kita bukan mahu menguatkuasakan hukum berkenaan, ianya perlu diluluskan dibanyak peringkat lagi.Hari ini kita sedang bertarung mahu memungkinkan undang-undang ini mendapat kelulusan dan akhirnya nanti dapat dikuatkuasa dan dilaksanakan.
Prosesnya belum selesai, lantas pemulihan banjir boleh sahaja berjalan beriringan, tidak perlulah menjadi juara mengajar orang Kelantan mana satu keutamaan.
Diperingkat ini tidak ada orang Islam yang istiqamah dan komited pada agama mereka yang tidak berbangga dan bersyukur dengan insiatif saudara seagama kita di Kelantan.
Marilah kita berdoa agar usaha murni PAS Kelantan dan rakyat Kelantan ini nantinya berjaya, dan Kelantan bakal menjadi “Serambi Mekah” sebenar lengkap sebagai sebuah Negeri Madrasah Ilmu dan negeri yang mendukung dan melaksanakan hukum dan peraturan Allah swt untuk dicontohi yang lain.http://n32.blogspot.com/
DIRECTER Gajah Menta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.