Followers

Sunday, March 15, 2015

Mat Sabu terus kunci mulut isu PAS

 
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terus mengunci rapat mulutnya daripada mengulas isu pergolakan dan kehangatan menjelang pemilihan parti itu Jun ini.

“Tak nak komen pasal isu presiden. I reserve. No comment apa-apa lagi.

“Akan ada penyelesaian,” katanya ringkas di Shah Alam selepas merasmikan muktamar tahunan PAS kawasan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung gesaan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dalam pemilihan parti.

Sejak beredar isu rakaman suara mirip beliau yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Hadi, Mohamad masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berhubung perkara itu dan pergolakan dalaman PAS.

Semalam, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, diajukan soalan sama di Kota Bharu sempena kempennya untuk pilihan raya kecil Chempaka tetapi beliau tetap enggan menjawabnya.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.