Followers

Sunday, March 15, 2015

Ahli PAS kini lebih satu juta, kata Hadi

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS kini mencapai keahlian lebih sejuta orang meskipun pelbagai perkara diperkatakan mengenai PAS, termasuk masalah dalaman yang dihadapinya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS kini mencapai keahlian lebih sejuta orang meskipun pelbagai perkara diperkatakan mengenai PAS, termasuk masalah dalaman yang dihadapinya. 

Ketika pelbagai perkara diperkatakan mengenai PAS, termasuk masalah dalaman yang dihadapinya, parti itu kini mencapai keahlian lebih sejuta orang, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di laman Facebook miliknya tengah malam tadi, Presiden PAS itu berkata, keahlian PAS sekarang mencecah 1,000,300 orang termasuk yang terbaru, 8,000 ahli diluluskan.

"Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS," katanya.

Beliau berkata, yang paling ramai menyertai parti itu akhir-akhir ini merupakan golongan muda yang berpendidikan tinggi dan ia juga mendapat sokongan orang bukan Islam.

"Walaupun kita dikepung dan disekat dengan pelbagai cara Umno, namun PAS juga mendapat tempat di hati orang bukan Islam," tulisnya.

Kebelakangan ini, PAS dilihat bergelut dengan masalah dalaman termasuk dakwaan wujudnya usaha di kalangan barisan kepemimpinan sendiri menjatuhkan Hadi dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Perjuangan PAS Kelantan memperkenalkan hudud dengan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, 1993, pada sidang Dewan Undangan Negerinya minggu depan pula terus mendapat bantahan rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Semalam, bercakap pada satu ceramah di Pengkalan Chepa, Hadi menyeru pengundi yang tinggal di luar kawasan pulang mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang akan diadakan 22 Mac ini.

"Tugas ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia amanah. Fadhilatnya sangat besar kepada kerajaan kita yang akan meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

"Rakyat Kelantan seharusnya berbangga kerana diberi rahmat berada di bawah kerajaan negeri yang melaksanakan syariat Islam," katanya.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 12 Februari akibat kanser prostat.

PAS diwakili Ahmad Fathan Mahmood yang ditentang empat calon bebas. – 15 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.