Dah jadi macam kisah klasik 'Pencuri jerit Pencuri' nampaknya serangan
Tun Mahathir terhadap Najib.. hampir sama cara mereka berdua membina
harta untuk keluarga.. cuma yang berbeza ialah jumlahnya..
Dr
Mahathir Mohamad 13 Mac lalu meneruskan kritikan pedasnya pada isu
1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan
keluarga perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu
mempersoalkan kekayaan keluarga Najib, termasuk anak tirinya Riza Aziz
yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika
Syarikat.
Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.
"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.
"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?
"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?
"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza
[...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.
"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan
ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya..
Pokoknya kalau kekayaan Najib dipersoalkan Mahathir.. dari mana pula datangnya kekayaan anak-anak Mahathir?
Baca petikan dari Facebook - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ni..
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah
mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog
beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri
Najib Razak.
Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru
beliau.
Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk
mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai
sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga
inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap
dirinya sendiri.
Dr M harus bermula dengan membalas salah
satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu
senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang
disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.
Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya.
“3 orang anak kamu bernilai hampir 8 billion Dolar Amerika. Dari
mana mereka dapat wang sebanyak ini? Sudah tentu melalui korupsi.”
“Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, hanya memperkayakan diri kamu sendiri dengan berbillion-billion kekayaan.”
"Anda mempunyai kebodohan yang lebih daripada kebanyakan orang akan
percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina Menara
Berkembar Petronas, bangunan yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa.
Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak
bertanggungjawab.”
“Bagaimana pula dengan tambakan laut di 10
buah pulau di Kedah? Sangat mengarut dan bodoh. Sudah tentu, keuntungan
kamu adalah 20%.”
“Dan jambatan merentasi Melaka ke Sumatra
yang menyeberangi perairan antarabangsa? Mengapa tidak bina jambatan ke
bulan? Saya yakin kamu tetap akan dapat 20% milik kamu itu.”
“Kamu panggil saya dungu. Bagaimana seorang dungu boleh membuat begitu
banyak duit? Dengan membenarkan jualan-singkat dan pinjaman jutaan saham
daripada bank-bank kamu, kami pengurus dana membuat jutaan duit hasil
daripada ketiadaan pengalaman kamu dan juga peraturan yang lemah.”
“Kamu telah kehilangan semua wang milik Malaysia, oleh itu kamulah sebenarnya dungu.”
Dan kemudiannya muncul pula Barry Wain, Bekas editor Asian Wall
Street Journal dan Penulis Residen di Institut Pengajian Asia Tenggara
di Singapura.
Jurnalis Australia, yang telah tinggal di Asia
selama 40 tahun itu, menulis di dalam bukunya Malaysian Maverik :
Mahathir Mohamad in Turbulent Times pada tahun 2009 menyatakan bahawa Dr
M telah membazirkan RM 100 billion semasa tempoh beliau menjadi Perdana
Menteri.
Barry Wain menulis sebahagian besar penipuan,
melibatkan cubaan Kerajaan untuk memanipulasi harga timah dunia dan
perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran matawang global, yang berlaku
pada 1980-an.
Barry Wain juga menulis Dr M menggunakan dana
rahsia UMNO untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah konglomerat dengan
pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.
Semua
ini merupakan tuduhan yang serius dan perlu dijawap oleh Dr M, yang
sehingga kini hanya sekadar menepis tuduhan ini dengan penafian kosong.
Memandangkan beliau menjangkakan pentadbiran sekarang ini untuk
membersihkan semua tuduhan dengan memberikan jawapan terperinci akan apa
yang berlaku kepada 1MDB, adakah Dr M juga bersedia untuk melakukan
perkara yang sama terhadap semua pertuduhan terhadapnya yang masih belum
diperjelaskan.
Apa bezanya kedua-dua pemimpin UMNO ini?.. sama saja..
* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini
Anak Sungai Derhaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.