Followers

Sunday, March 29, 2015

Jangan sebar info salah demi mahu popular

 
 

Rakyat disaran tidak terlalu ghairah untuk berkongsi maklumat palsu dalam laman web sosial demi pamer populariti diri dalam kalangan pengguna media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan menyebar sesuatu maklumat boleh mengundang masalah jika maklumat yang disebar itu palsu atau silap fakta.

"Hentikanlah penyebaran sesuatu maklumat yang sekarang ini begitu mudah menjadi viral di internet disebabkan ketidakcaknaan masyarakat dalam memastikan kesahihan maklumat tersebut," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata perbuatan menyebar maklumat yang salah atau palsu dalam laman sosial tidak boleh dianggap kesalahan kecil kerana terdapat beberapa kes penyalahgunaan media sosial telah dibawa ke muka pengadilan.

Terdahulu, Jailani, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu, merasmikan mesyuarat agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu kali ke-12 di Kuala Terengganu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.