Followers

Thursday, March 12, 2015

Isu Phua: Sesen pun saya tak ambil, kata Zahid....tapi "rahsia besar maa"..!!!


Walaupun kerajaan enggan menjawab soalan berkaitan 'raja judi' Paul Phua atas alasan rahsia besar,

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menyentuh perkara itu.

Zahid berkata beliau sedar tentang tanggapan umum bahawa beliau terlibat dengan Phua yang ditahan di Las Vegas, ekoran surat penjelasannya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat.

“Saya tahu halal haram. “Tetapi saya dituduh pelbagai perkara susulan surat itu,” katanya dalam ucapan dalam seminar berhubung jenayah dan kepolisian di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Sambil memberitahu pengeluaran surat sebegitu dibuat juga oleh menteri-menteri lain, Zahid menegaskan beliau tidak pernah mengambil walau satu sen pun daripada sesiapa.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.