Followers

Monday, March 9, 2015

Harga baharu LPG mungkin diumum esok, tidak dikaji selama 16 tahun

Datuk Seri Hasan Malek berkata cadangan harga baharu LPG akan dibentangkan kepada majlis ekonomi esok.

Datuk Seri Hasan Malek berkata cadangan harga baharu LPG akan dibentangkan kepada majlis ekonomi esok.

Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.

Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14kg.

"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

"Kita akui sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya di Kuala Pilah hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut.

"Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.