Followers
Thursday, March 19, 2015
Gay, lesbian dikira liwat dalam enakmen hudud, kata timbalan MB Kelantan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) ketika Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pindaan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) ketika Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pindaan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan, hari ini.
Pindaan terbaru Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) tidak melepaskan hukuman terhadap golongan sejenis seperti gay dan lesbian kerana golongan itu akan dihukum mengikut kesalahan liwat, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, walaupun fasal mengenai golongan berkenaan digugurkan dalam pindaan enakmen berkenaan tetapi hukuman tetap akan dikenakan kepada golongan itu.
“Kita tak payah sebut semua. Sebab gay dan lesbian termasuk dalam liwat secara automatik.
“Gugur tak apa, yang penting hukuman tu ada,” katanya kepada pemberita di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru hari ini. – 19 Mac, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.