Followers

Tuesday, March 10, 2015

Fariz Musa ditangkap demonstrasi #KitaLawan, kemungkinan ditahan lokap

Ketua setiausaha pengelola PKR pusat Mohd Fariz Musa ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Ketua setiausaha pengelola PKR pusat Mohd Fariz Musa ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Ketua setiausaha pengelola PKR pusat Mohd Fariz Musa ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Fariz, 45, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11.45 pagi tadi selepas mendapat arahan hadir untuk siasatan semalam.

Peguam Melissa Sasidaran ketika dihubungi berkata, sehingga kini anak guamnya masih menunggu untuk diambil gambar dan cap jari.

"Polis masih belum ambil keterangan lagi. Sama ada dibebaskan atau ditahan untuk reman sampai esok, kita tak tahu lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Melissa berkata, pihaknya juga dimaklumkan Fariz akan ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, satu tindakan yang katanya tidak mengikut perlembagaan.

"Saya tak pasti kenapa mereka masih laksanakan akta itu sedangkan mahkamah sudah putuskan akta itu tidak lagi boleh diguna pakai," katanya.

Mahkamah Rayuan pada 28 April 2014 memutuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai, dalam penghakiman berkata, hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata seksyen itu pada masa ini, pada dasarnya melarang perhimpunan spontan serta segera, dan keperluan memberi notis 10 hari menjadikan kebebasan untuk berhimpun secara spontan dan segera adalah satu ilusi.

Mah berkata, sebarang kesalahan lalu lintas atau tergendalanya aktiviti perniagaan yang mengancam keselamatan awam boleh ditangani sewajarnya oleh polis dan agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang sedia ada seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Melissa menerusi akaun Twitternya berkata, polis juga akan menyiasat dan mengambil keterangan Fariz kerana terlibat dengan protes Pensel Merah tahun lalu.

Protes anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) di Kuala Lumpur itu pada asalnya menuntut kebebasan media tempatan dan membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar mingguan “The Heat”.

"Baru dimaklumkan polis bahawa mereka akan ambil keterangan @farizmusa berkenaan himpunan 28 Feb. Jadi ada 3 kes sekarang," katanya di akaun Twitter @melissa_ms.

Ahad lalu, Ketua Pemuda PKR yang juga Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad direman sehingga Rabu ini kerana terlibat dalam perhimpunan sama, manakala pemimpin Pemuda PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli ditahan di Masjid Jamek semasa hari kejadian.

Perhimpunan #KitaLawan dianjurkan bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat. – 10 Mac 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.