Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perniagaan kecil atau tidak mencapai
nilai jualan RM500,000 tidak akan dikenakan GST, sekali gus memberi peluang
kepada golongan kurang berkemampuan untuk membeli barangan di kedai-kedai
berskala biasa.
"Jadi apa yang
hendak dirisaukan oleh orang biasa kerana GST kebanyakannya melibatkan orang
kaya. Banyak kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, sektor kewangan, sistem
pengangkutan, eksport dan barang makanan tidak dikenakan GST.
"Malah, pelbagai
manfaat lain bakal diperoleh sekiranya GST dilaksanakan termasuk berlakunya
penurunan harga barangan serta pengurangan kos perniagaan apabila pengilang dan
pemborong sudah boleh membuat tuntutan daripada kerajaan," katanya ketika
berucap dalam majlis taklimat GST dan isu-isu semasa kepada pemimpin
pembangunan masyarakat di sini hari ini.
Ahmad berkata, GST
merupakan langkah kerajaan menyusun semula struktur pencukaian negara supaya
lebih cekap dan telus sekali gus mampu mengurangkan kerenah birokrasi, selain
mengelak kejadian individu yang suka 'lari cukai'.
Tambahnya, pelaksanaan
itu juga mampu memberi hasil atau pulangan lebih baik kepada negara, seterusnya
dapat disalurkan kepada usaha menjana pembangunan negara dan membantu golongan
yang memerlukan.
Selain itu katanya, GST
dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik dalam merancakkan sektor
pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara apabila pelancong ketika ini
membeli barangan di negara ini dengan kadar lebih murah.
"Tiga bulan
sebelum GST dilaksanakan, kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada
pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga
barangan selepas GST berbanding harga terdahulu," katanya. Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.