Followers

Tuesday, February 24, 2015

Wan Azizah berpeluang jadi ketua pembangkang, kata PAS OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG RENCANA DAN ANALISIS

'Jgn pulak u-turn nanti..
          Hmmmmmm...

Wan Azizah berpeluang jadi ketua pembangkang, kata PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG RENCANA DAN ANALISIS

Published: 24 February 2015 6:55 AM

PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015. PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015. Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.

"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

“Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang,” katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen. – 24 Februari, 2015.'

PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.
"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

“Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang,” katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen. – 24 Februari, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.