Followers

Tuesday, February 24, 2015

Pimpinan PAS nafi komplot jatuhkan Presiden PAS


Salahuddin ayub Naib Presiden PAS, 
Salahuddin Ayub berkata beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

KUALA LUMPUR, 24 Februari: Pimpinan PAS sekali lagi menolak dakwaan terdapat komplot untuk menjatuhkan kepimpinan presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang tersebar di laman Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ dan juga ‘El-Haraki’.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Sehingga hari ini saya tidak mengetahui mengenai kewujudan laman berkenaan.



Dalam pada itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip pula memberitahu beliau tidak mengetahui perkara berkenaan. Jelasnya, beliau belum mendengar rakaman yang dikatakan telah tersebar luas di internet berkenaan. “Setakat ini saya belum dengar rakaman itu,” ujarnya.



Sebelum ini, sebuah rakaman audio berdurasi lebih dua minit sebuah rakaman audio yang didakwa ucapan Mat Sabu bagi menjatuhkan Abdul Hadi tersebar. Rakaman itu memuatkan suara Mat Sabu memberikan taklimat untuk mengadakan serangan balas selepas serangan demi serangan dilakukan ke atasnya.

Rakaman tersebut turut memuatkan transkrip penuh kepada perbualan berkenaan yang mana Mat Sabu turut dikatakan telah bertemu dengan beberapa pimpinan PAS di Tanjong Karang dan Sungai Besar berkenaan krisis Menteri Besar Selangor.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.