Followers

Friday, February 6, 2015

'Tiada mesyuarat tanpa Hadi'

 
 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sudahpun bersedia untuk menyertai mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada hari Ahad ini di Kuala Lumpur.

Beliau bertegas bahawa perbincangan pada mesyuarat itu akan berdasarkan “fakta dan bukan fitnah”.

Ditanya mengenai perkara itu, Lim berkata mesyuarat tersebut sepatutnya sudah lama diadakan, dan menegaskan bahawa kesemua pemimpin utama DAP, PAS dan PKR perlu hadir.

DAP menerima jaminan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri mesyuarat tersebut, kata Lim kepada pemberita di Pulau Pinang.

"Kami diberi jaminan bahawa hadi akan hadir, jika tidak mesyuarat tidak akan diteruskan.

"Keputusan ini dibuat oleh anggota jawatankuasa pusat, bukan saya. Kami tidak bertindak keseorangan kerana ia keputusan secara kolektif dan semua pemimpin mesti hadir.

“Kemudian barulah kita boleh anggap pertemuan itu mesyuarat majlis pimpinan Pakatan,” katanya lagi.

Lim berkata beliau akan hadir ke mesyuarat itu bagi mewakili DAP, manakala ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mewakili parti berkenaan.

"Ada orang enggan memahami bahawa setiausaha agung DAP merupakan ketua parti. Ada yang faham, ada yang tidak faham,” katanya.

Ditanya mengenai agenda dalam mesyuarat tersebut, Lim berkata beliau tidak mahu menimbulkan spekulasi.

Beliau enggan mengulas dakwaan bahawa konflik di antara parti beliau dan PAS akan diselesaikan dalam mesyuarat tersebut.

“Ia bergantung sama ada ia akan dapat diselesaikan,” katanya.

Antara isu yang dikaitkan dengan keretakan dalam Pakatan itu adalah pendirian PAS dan DAP dalam isu pelaksanaan hudud dan juga pilihan raya kerajaan tempatan.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.