Polis menahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan susulan kritikan dibuatnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis menahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan susulan kritikan dibuatnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan petang tadi ditahan polis dan dibawa ke Balai Dang Wangi atas dakwaan menghasut kerana mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes liwat dan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara tersebut disahkan Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim selepas terdahulu Arutchelvan sendiri mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang polis sedang menunggunya di luar rumah.
"Arul dibawa ke Dang Wangi, disiasat atas dakwaan menghasut," kata Nasir ringkas kepada The Malaysian Insider.
Cubaan untuk menghubungi Arutchelvan sekali lagi, selepas mendapat berita tangkapan itu, gagal.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kepada Bernama malam ini, Arutchelvan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.
Awal tadi, Arutchelvan berkata polis sedang menunggu di luar rumahnya di Kuala Lumpur untuk menangkapnya.
"Saya akan ditangkap sekejap lagi," katanya ketika dihubungi.
Orang kuat PSM itu mendakwa keputusan mahkamah tertinggi itu terhadap kes Anwar bermotifkan politik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran minggu lalu yang Arutchelvan bersama beberapa tokoh pembangkang lain akan disiasat susulan kritikan mereka terhadap keputusan mahkamah itu.
Selain Arutchelvan, Khalid berkata pemimpin itu termasuk Fariz Musa, ketua pergerakan Jingga 13 PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin, kedua-duanya didakwa menggesa penyokong Anwar melancarkan demonstrasi jalanan menentang keputusan itu. – 19 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.