SIAPA calon PKR di PRK Parlimen Permatang Pauh tidak beberapa lama lagi?
Dalam blog aku, aku cuba mahu lihat penilaian dari pengunjung blog di http://wfauzdin.blogspot.com tentang calon di Permatang Pauh.
Setakat hari ini, nampaknya Pengarah Pilihanraya Pusat, Sdr Saifuddin Nasution menjadi pilihan ramai. Memang ramau mahu lihat Saif beraksi semula di Parlimen.
Alangkah hebat dan bergegarnya Parlimen nanti jika Azmin, Saif, Rafizi, Khalid Samad (Pas) dan ramai lagi yang akan mencabar keegoaan rejim yang memerintah.
Apa pun, semuanya bergantung kepada parti untuk menentukan terutamanya penilaian dari Biro Politik PKR nanti.
Samada Saif menjadi calon atau tidak, kita patut bersedia dari sekarang kerana amno tidak akan bertolak ansur dengan kita di Permatang Pauh.
Jika di Kelantan, di Dun Chempaka nampaknya suara amno menyebut demi penyatuan dan tiada perbalahan, maka amno bersedia untuk tidak letak calon di sana. Itu di Kelantan.
Di Permatang Pauh, amno lupa kepada perpaduan dan pergaduhan seperti alasan yang diberi di Dun Chempaka.
Jadi, sama-sama fahamlah ok.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.