Pihak polis membuat persiapan bagi Selasa ini apabila keputusan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah liwatnya.
Pihak polis membuat persiapan bagi Selasa ini apabila keputusan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersiap siaga berdepan dengan apa jua kemungkinan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau rapi keadaan di sana pada hari berkenaan.
"Saya percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana saya rasa semua orang dah matang, dan akan menerima keputusan mahkamah," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau diminta mengulas persiapan polis berkaitan hari keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis belum menerima pengesahan rasmi daripada Filipina berhubung laporan seorang rakyat Malaysia dipercayai
terbunuh dalam pertempuran di negara itu baru-baru ini.
Laporan media Filipina menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan, terbunuh dalam pertempuran itu, yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota yang lain.
Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF, pada 25 Januari lepas. – Bernama, 6 Februari, 2015.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.