Followers

Saturday, February 7, 2015

Honda HR-V Pulak Dah !

  
Macam-macam pilihan kereta yang boleh pengguna cuba sekarang. Dari segi model saja kita dah ada berbagai jenis. Secara umumnya, sebagai orang kampung saya hanya faham kita ada dua pilihan utama, iaitu, Kereta Jepun dan Kereta Kontinental. Dan sekarang kita ada dua lagi tambahan baru iaitu Kereta Cina dan Kereta India.

Kereta paling popular dan glamour kat negara kita sudah tentu jatuh pada dua jenis kereta Jepun yang semua orang kenal. Kedua-dua jenis kereta ini bersepah-sepah di jalan raya di seluruh negara dari Perlis sampai ke Johor. Iaitu kereta Honda dan kereta Toyota.

Kereta paling banyak dipakai orang pula sudah tentu jatuh kepada kereta Nasional iaitu Perodua dan juga Proton. Walaupun banyak orang pakai kedua-dua jenis kereta nasional ini, malangnya ia bukanlah termasuk dalam jenis kereta yang glamour.

Tak ada peningkatan imej sangat jika naik kereta proton. Kan bersepah-sepah dan kalau naik di dalamnya akan dengar berbagai bunyi yang tak berapa best. Jadi nak glamour macam mana?

Walaupun dengan berbagai pakej masalah yang ditawarkan bersama dengan pembelian kereta Nasional terutamanya dari kereta Proton, ramai yang terpaksa ambil juga sebab tawaran harga mengatasi segala-galanya.

Honda HR-V baru diancarkan

Panjang pulak goreng mukadimah kat atas tu sampai termengata dan terkritik kereta kebangga ramai rakyat Malaysia terutamanya pada pekerja kilang kereta Nasional.

Sebenarnya nak cerita pasal model terbaru dari Honda yang baru saja dilancarkan dan mendapat liputan hebat. Honda nampaknya telah memperkenalkan satu lagi jenis yang dipanggil HR-V. Kalau sebelum ini kita semua dah pernah tahu tentang jenis CR-V, tapi kali ni adik kepadanya diperkenalkan pada para peminat kereta Honda.

Sekali tengok secara online nampak amat menarik sekali HR-V ini. Ia di perkenalkan dalam 3 variasi iaitu Honda HR-V variasi S, E, dan V. Harganya pulak teramatlah menarik dan amat kompetitif yang bakal membuatkan jenama lain perlu semak apa tawaran mereka pulak.

Untuk HR-V jenis S, anda hanya perlu keluarkan duit sebanyak RM99,800 sahaja. Untuk Variasi E pula mahal sikit, iaitu sejumlah RM108,800. Manakala untuk HR-V dari variasi V, harganya paling mahal iaitu RM118,800.




Kesemua kereta Honda HR-V dilengkapkan dengan enjin 1.8L i-VTEC SOHC berserta transmisi CVT atau 'Continuous Variable Transmission". Serius saya tak tau apa makna semua huruf dan perkataan yang diberikan dalam enjin dan transmisi tu, tapi rasanya macam best saja bunyinya untuk mempengaruhi orang buat keputusan.

Apa kata anda tentang HR-V yang baru diperkenalkan ini. Apakah harganya menarik untuk dipertimbangkan. Mungkin ada yang minat pada CR-V sebelum ini tapi tak berapa nak boleh seluk poket sebab tak cukup. 


Jadi dengan adanya HR-V, mungkin boleh sambar satu atau dua buah.. amacam?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.