Followers

Saturday, February 7, 2015

Polis Dan Peguam Negara mohon Australia ekstradisi Sirul...??

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan Peguam Negara akan berusaha dalam ekstradisi Sirul Azhar Umar daripada Australia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan Peguam Negara akan berusaha dalam ekstradisi Sirul Azhar Umar daripada Australia.

Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk memohon dan berunding dengan Australia dalam usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar ke negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata proses membawa pulang Sirul Azhar, yang berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, melibatkan proses perundangan sebelum dia dapat dibawa pulang.

"Kita dah tau Australia ada undang-undang yang mana menghalang mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia... itu kita kena atasi dahulu," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan status terkini usaha untuk membawa Sirul Azhar pulang ke tanah air.

Menurutnya, beliau tidak dapat menentukan tempoh proses itu yang mungkin akan memakan masa yang lama.




Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh membunuh model sambilan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan
disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pada 16 Januari, media tempatan memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald berkenaan kerajaan Australia yang tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi Sirul Azhar.

Ini berikutan ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.