OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 16 February 2015.
Lim Kit Siang, berucap di program 'Solidariti Anwar' di Balakong semalam, berkata Pakatan Rakyat perlu kembali kepada dasar asas sebagai faktor penyatuan diamalkan gabungan itu sejak penubuhannya pada 2008.
Lim Kit Siang, berucap di program 'Solidariti Anwar' di Balakong semalam, berkata Pakatan Rakyat perlu kembali kepada dasar asas sebagai faktor penyatuan diamalkan gabungan itu sejak penubuhannya pada 2008
Mengakui krisis Pakatan Rakyat (PR) antara terburuk pernah berlaku sejak penubuhannya, Lim Kit Siang berkata bakal melaksanakan "pelan lapan tahun " sebagai usaha menangani kemelut yang berlaku di antara parti komponen gabungan itu.
Lim berkata pelaksanaan "pelan lapan tahun PR" dilihat sebagai langkah mengukuhkan kembali hubungan PKR, DAP dan PAS seterusnya memenangi pilihan raya umum akan datang dan mentadbir Putrajaya.
"Memang kita akui PR mengalami krisis, mungkin yang terburuk dalam enam tujuh tahun penubuhannya," kata Lim ketika berucap pada ceramah "Soladariti Anwar" di Balakong, Selangor malam tadi.
Lim berkata, PR perlu kembali kepada dua dasar asas dilihat sebagai faktor penyatuan yang diamalkan gabungan parti itu sejak penubuhannya pada 2008.
"Cadangan pelan lapan tahun melibatkan dua perkara: pertama, persetujuan ketiga-tiga parti gabungan terhadap kerangka polisi yang dibentuk supaya sokongan itu berterusan meskipun berlainan idealogi," katanya ketika ditemui pemberita.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, dasar kedua adalah mengadakan konsensus berdasarkan pembuat keputusan dan sebarang polisi baharu perlu dipersetujui ketiga-tiga parti gabungan.
PR berdepan kemelut politik dalaman dan ia bertambah meruncing selepas keputusan mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kemelut politik dalaman PR mula meruncing sejak krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Lim, melalui dasar itu, ketidaksefahaman di antara PR dalam beberapa isu akan selesai, meskipun tidak menyatakan secara langsung bagaimana pelaksananaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di antara isu yang seringkali didebatkan PAS dan DAP.
"Pelan ini bagi memastikan kelangsungan PR dan mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan untuk menyelamatkan Anwar."
Katanya, cadangan tersebut bakal dibentang pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang meskipun tidak ditetapkan tarikhnya lagi.
Program Soladariti Anwar dianjurkan DAP yang turut menampilkan beberapa pimpinan PR lain seperti Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Anak Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Nurul Nuha juga dijemput berucap.
Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said membacakan puisi pada program solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Balakong, semalam.
Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said membacakan puisi pada program solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Balakong, semalam.
Program dihadiri kira-kira 300 hadirin turut menampilkan Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said yang membacakan puisinya.
Lim juga mempersoalkan saranan pemimpin Umno supaya tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kalau mereka kata betul kerana ingin tidak menjejaskan usaha pasca banjir mereka sepatutnya tidak bertanding bukan sahaja di DUN Chempaka, malah kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Sementara itu, Nurul Izzah membayangkan PKR tidak meletakkan adiknya Nurul Nuha sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Media bertanya, ‘adik mana yang akan bertanding kali ini?' Saya tanya, jika anda berada di tempat kami anda tidak akan bertanding di pilihan raya yang diadakan di Malaysia.
“Padang tak sama rata, media tidak bebas. Mungkin media online berikan liputan tetapi bagaimana media arus perdana?” soalnya.
Nurul Izzah yang ditemui pemberita selepas program tersebut turut berkata keluarganya akan menghantar laporan perubatan Anwar kepada peguam hari ini. – 16 Februari, 2015.
See more at: http://www.themalaysianinsider. -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.