Followers

Tuesday, February 3, 2015

PAS yakin mesyuarat Pakatan akan diadakan menjelang 10 Februari OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kata akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 10 Februari.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kata akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 10 Februari.

PAS yakin mesyuarat pimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya diadakan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas beliau 10 Februari ini.

"Saya akan bertemu Anwar sehari dua ini untuk membincangkan perkara ini dan ia sudah dimaklumkan kepada sekretariat," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.

Pertemuan beliau dengan Anwar itu bertujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan.

"Saya akan menerangkan kepada beliau apa yang berlaku, khasnya dalam PAS dan merintis mesyuarat majlis pimpinan PR," kata Mustafa yang sejak kebelakangan ini sering bertelagah dengan pimpinan DAP, termasuk mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk berdebat dalam isu pelaksanaan hudud dan pilihaan raya kerajaan tempatan.

Anwar sebelum ini menyuarakan harapan agar mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PR itu dapat diadakan sebelum beliau menghadapi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau merayu DAP dan PAS menghentikan pertelagahan sesama mereka dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian sebagai rakan parti dalam gabungan yang sama.

Katanya, pihaknya mahu PR duduk semeja dan berbincang sebelum tarikh keputusan kes liwatnya itu, bagaimanapun, sehingga kini, dua parti itu masih belum mencapai kata putus untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan mereka.

"Saya merayu mereka bersabar dan bawa semula ke meja perbincangan dan harap dapat jumpa sebelum tarikh 10 Februari. Tetapi malangnya kami masih belum ada persetujuan dengan tarikh (perbincangan)," kata Anwar semalam.

Kali terakhir mesyuarat Majlis Pimpinan PR ialah pada Oktober lalu, manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak menyertai mesyuarat itu sejak lebih setahun lalu.

Beliau sentiasa diwakili timbalannya Mohamad Sabu, namun sejak mesyuarat menentukan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, DAP bertegas mahu Hadi sendiri menghadiri mesyuarat itu.

Ini kerana, Hadi dikatakan pernah melanggar keputusan bersama yang dicapai PR semasa mesyuarat Majlis Presiden yang dihadiri Mohamad. – 2 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.