Followers

Tuesday, February 17, 2015

PAS Selangor tiada hak larang ahli Pakatan terlibat PasMa, kata Phahrolrazi OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dan Pakatan Rakyat terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran PasMa.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad tidak berhak melarang ahli parti itu dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, tindakan Iskandar mengeluarkan arahan sedemikian melangkaui bidang kuasa PR dan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terjejas dengan larangan itu.

"Cukuplah, tak perlu arahkan parti dalam PR, kerana DAP dan PKR dah beri sokongan penuh dan mereka sokong kegiatan kita sebagai NGO," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.

Iskandar dalam kenyataan semalam melarang pemimpin PKR dan DAP Selangor terlibat dalam program anjuran PasMa dan mahu parti itu sendiri menyelesaikan isu dalaman masing-masing tanpa melibatkan pihak luar.

Phahrolrazi mempertikaikan tindakan exco Selangor itu yang tidak mengenakan larangan sama terhadap aktiviti anjuran Umno, memandangkan parti Melayu itu musuh politik utama PAS.

"PAS tidak ada larangan. Ahlinya boleh sertai program Umno. Jadi, ini perkara yang pelik. Dan setakat ini, larangan itu sukar dikuatkuasakan, kerana (faktor) kebebasan. Sebahagian ahli PAS menyertai program kita," katanya.

Sementara itu, PasMa mengumumkan satu majlis makan malam perdana yang akan diadakan pada 27 Februari ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengutip dana selain memperkenalkan NGO itu kepada PR.

Phahrolrazi berkata, pihaknya sudah mengejarkan jemputan kepada semua pemimpin PR termasuk Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Setakat ini beberapa pemimpin bersetuju untuk hadir iaitu Lim Kit Siang, PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa," katanya yang turut menjemput aktivis NGO lain dan ahli akademik.

Bekas exco Kedah itu berkata, beliau terbuka jika ada pemimpin PAS yang mahu hadir walaupun Majlis Syura PAS mengeluarkan arahan kepada ahlinya supaya tidak terlibat dengan PasMa.

Katanya, beberapa pemimpin PR juga akan dijemput memberi ucapan pada malam berkenaan dan sambutan setakat ini katanya menggalakkan apabila tempahan meja hampir penuh. – 17 Februari, 2015.    

   
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.