Followers

Saturday, February 21, 2015

Otak kontot: Mereka ini dilatik Hadi atau Perwakilan?

 
Kalau Hadi yang lantik mereka-mereka yang dimaksudkan memang patut mereka semua meletak jawatan Suara dari Ulamak pulak tu.......

Inikah corak demokrasi PAS? Kalau tidak sokong Hadi, letak jawatan, kata perwakilan OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 21 February 2015 2:16

PM Multaqa Ulama SeMalaysia di Stadium MPSJ, Serdang Jaya yang berlangsung hari ini menyaksikan perwakilan menggesa sokongan sepenuh hati diberi kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Seorang perwakilan Multaqa Ulama Semalaysia II hari ini menyarankan pemimpin kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Wakil Dewan Ulama Perak Sidek kesal dengan tindakan tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba ‘meracun’ pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud. –

Wakil Dewan Ulama Perak Sidek kesal dengan tindakan tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba ‘meracun’ pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud.

Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.

"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya di multaqa sehari itu yang diadakan di Serdang, Selangor.

Beliau juga merujuk kepada tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba “meracun” pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud.

"Di kala Kelantan berhempas pulas ingin melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud.

"Kamu pertikaikan undang-undang Islam ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih baik keluar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menamakan AJK yang dimaksudkan.

Beliau turut memberi contoh pemimpin kanan yang ingkar dengan arahan PAS Pusat iaitu ketika krisis Selangor berlaku.

"Ada dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ingkar dengan keputusan PAS dan pendirian presiden, dengan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar," katanya merujuk kepada Hasnul Baharuddin (Adun Morib)dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang).

Pada masa sama, beliau juga membidas kepimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat banyak menyerang kepimpinan Hadi.

"Kalau (veteran DAP) Lim Kit Siang (yang mengatakan sesuatu), mereka tidak cakap (ia pendirian) peribadi. Namun, bila Hadi cakap, mereka kata itu kenyataan peribadi.

"Mereka kena sedar, kita pilih mereka untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar. Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya. – 21 Februari, 2015.

Posted by mountdweller
Otak kontot: Mereka ini dilatik Hadi atau Perwakilan? Kalau Hadi yang lantik mereka-mereka yang dimaksudkan memang patut mereka semua meletak jawatan Suara dari Ulamak pulak tu....... Inikah corak demokrasi PAS? Kalau tidak sokong Hadi, letak jawatan, kata perwakilan OLEH DIYANA IBRAHIM Published: 21 February 2015 2:16 PM Multaqa Ulama SeMalaysia di Stadium MPSJ, Serdang Jaya yang berlangsung hari ini menyaksikan perwakilan menggesa sokongan sepenuh hati diberi kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.– Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Februari, 2015. Seorang perwakilan Multaqa Ulama Semalaysia II hari ini menyarankan pemimpin kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Wakil Dewan Ulama Perak Sidek kesal dengan tindakan tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba ‘meracun’ pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Februari, 2015. Wakil Dewan Ulama Perak Sidek kesal dengan tindakan tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba ‘meracun’ pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Februari, 2015.Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi. "Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya di multaqa sehari itu yang diadakan di Serdang, Selangor. Beliau juga merujuk kepada tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba “meracun” pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud. "Di kala Kelantan berhempas pulas ingin melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud. "Kamu pertikaikan undang-undang Islam ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih baik keluar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menamakan AJK yang dimaksudkan. Beliau turut memberi contoh pemimpin kanan yang ingkar dengan arahan PAS Pusat iaitu ketika krisis Selangor berlaku. "Ada dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ingkar dengan keputusan PAS dan pendirian presiden, dengan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar," katanya merujuk kepada Hasnul Baharuddin (Adun Morib)dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang). Pada masa sama, beliau juga membidas kepimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat banyak menyerang kepimpinan Hadi. "Kalau (veteran DAP) Lim Kit Siang (yang mengatakan sesuatu), mereka tidak cakap (ia pendirian) peribadi. Namun, bila Hadi cakap, mereka kata itu kenyataan peribadi. "Mereka kena sedar, kita pilih mereka untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar. Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya. – 21 Februari, 2015. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.