Followers

Saturday, February 21, 2015

Adam Adli ditangkap Yang aku kurang fahamnya adakah ianya berkesan?



Adakah kalau setakat ratusan orang berdemo boleh memberi tekanan kepada kerajaan?

Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad dan siapa lagi yang boleh mengubah keputusan itu?

Aktivis Adam Adli ditangkap selepas protes pro-Anwar di KL Published: 21 February 2015 6:09 PM

Polis hari ini menangkap Adam Adli Abdul Halim selepas aktivis pelajar itu memberi ceramah pada satu protes menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira 100 meter dari lokasi protes iaitu di hadapan pusat membeli-belah Sogo, di mana banyak perhimpunan diadakan 17 tahun lalu.

Terdahulu, dua kumpulan tarian singa menyertai perhimpunan itu yang diadakan menentang keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mensabitkan Anwar dalam kes liwatnya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. – 21 Februari, 2015. -


sumber Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.