Followers

Monday, February 2, 2015

Ngeh beri Ismail Sabri 48 jam kemuka permohonan maaf OLEH EILEEN NG


Datuk Ngeh Koo Ham menidakkan dakwaan menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan beliau mempunyai pegangan dalam rangkaian Old Town White Coffee serta beliau anti Islam.
Datuk Ngeh Koo Ham menidakkan dakwaan menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan beliau mempunyai pegangan dalam rangkaian Old Town White Coffee serta beliau anti Islam.

Datuk Ngeh Koo Ham akan mengemukakan saman terhadap menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa dirinya mempunyai pegangan dalam rangkaian kopitiam Old Town White Coffee dan anti Islam.

Penasihat DAP Perak itu berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada Sabri untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

"Tidak benar sama sekali beliau menuduh saya anti Islam dan mempunyai pegangan dalam Old Town White Coffee.

"Saya tidak pernah, dalam seumur hidup saya ada pegangan dalam Old Town White Coffee," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sebaliknya, Ngeh berkata, khabar angin itu adalah dakwaan lama yang sering diulang-ulang sejak dahulu.

Ngeh berkata, dirinya juga bukan anti Islam seperti didakwa Ismail sebaliknya menegaskan, beliau turut menjalankan aktiviti sosial bersama komuniti Islam di Perak, di kawasannya di Parlimen Beruas.

Tambahnya, laporan polis akan dibuat terhadap Ismail di Ipoh esok bagi menuntut menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (KPDNKK) itu mengemukakan permohonan maaf.

Penasihat DAP itu juga terkejut kerana Ismail, yang merupakan seniornya semasa di Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, akan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sedemikian.

"Secara peribadi, saya mengenali beliau, beliau boleh menghubungi saya untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan sedemikian," katanya.

Melalui laman Facebook miliknya, Ismail menggesa pengguna Melayu memboikot perniagaan masyarakat Cina yang masih enggan menurunkan harga barang meskipun harga bahan api mengalami penurunan.

Menteri KPDNKK itu berkata, melalui boikot, selaku kumpulan besar mewakili pengguna, orang Melayu mempunyai kuasa untuk mendesak peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya.

Ismail memberi contoh restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya dimiliki pemimpin DAP.

"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tetapi masih orang Melayu gagal untuk boikot.


"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti Islam," katanya merujuk Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya.

Status Ismail Sabri itu mendapat sokongan ramai pengikut dan rakannya di Facebook.

Ngeh hari ini memberitahu The Malaysian Insider beliau akan mengemukakan saman terhadap Ismail kerana mendakwa dirinya mempunyai pegangan dalam rangkaian kopitiam Old Town White Coffee dan anti Islam.

Penasihat DAP Perak itu berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada Ismail untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu. – 2 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.