Followers

Monday, February 2, 2015

Ismail Sabri enggan minta maaf, bukan Ngeh seorang saja di Perak OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak pernah katakan beliau merujuk kepada Datuk Ngeh Koo Ham secara spesifik dan beliau menggunakan perkataan 'dikatakan' semasa membuat kenyataan. –

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak pernah katakan beliau merujuk kepada Datuk Ngeh Koo Ham secara spesifik dan beliau menggunakan perkataan 'dikatakan' semasa membuat kenyataan. –

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan memohon maaf kepada Datuk Ngeh Koo Ham berhubung status Facebook yang ditulisnya semalam, mengatakan ia tidak ditujukan khusus kepada penasihat DAP Perak itu.

Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata, Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas, bukanlah satu-satunya individu dengan nama itu yang berada di Perak.

“Ngeh… Dia seorang sahaja ke di Perak? Saya tidak sebut Ngeh Koo Ham. (Dan) Saya sebut 'dikatakan',” katanya dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai statusnya di Facebook itu yang menggesa pengguna Melayu memboikot kedai makan Cina seperti restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya milik keluarga Ngeh.

“Saya dah kata ‘dikatakan’,” kata Ismail.

Ismail semalam mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.

Mengambil contoh kopitiam itu, beliau menulis:

"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tetapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan keluarga Ngeh DAP Perak yang terkenal anti-Islam.


"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu."

Ngeh hari ini berkata akan mengemukakan saman terhadap Ismail kerana mendakwa dirinya mempunyai pegangan dalam rangkaian kopitiam itu dan menuduhnya sebagai anti-Islam.

Katanya, tempoh 48 jam diberikan kepada Ismail untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

"Tidak benar sama sekali beliau menuduh saya anti Islam dan mempunyai pegangan dalam Old Town White Coffee.


"Saya tidak pernah, dalam seumur hidup saya, ada pegangan dalam Old Town White Coffee," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sebaliknya, Ngeh berkata, khabar angin itu merupakan dakwaan lama yang sering diulang sejak dahulu.

Beliau juga menafikan beliau seorang yang anti Islam seperti dakwaan Ismail dan menegaskan, beliau turut menjalankan aktiviti sosial bersama komuniti Islam di kawasan Parlimennya di Perak.

Katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Ismail di Ipoh esok bagi menuntut menteri berkenaan mengemukakan permohonan maaf.


Pemimpin DAP itu juga terkejut kerana Ismail yang merupakan bekas seniornya semasa belajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sanggup mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sedemikian.

"Secara peribadi, saya mengenali beliau, beliau boleh menghubungi saya untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan sedemikian," katanya. – 2 Februari, 2015.


www.themalaysianinsider.com/bahasa/article. -

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.