Followers

Sunday, February 15, 2015

"NAK TANYA FAEKAH HUSIN: DUIT PAMPASAN 900 RIBU SUDAH DIKEMBALIKAN?"

Faekah mahu PKR minta maaf celupar dengan Khalid

Published: 14 February 2015.

Faekah Husin menyifatkan tindakan tuduhan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jauh daripada keadilan dan kematangan yang sering dilaungkan PKR.

Faekah Husin menyifatkan tindakan tuduhan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jauh daripada keadilan dan kematangan yang sering dilaungkan PKR.

PKR digesa memohon maaf kepada bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengaitkannya dengan dalang demonstrasi yang mahu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik ketua umum PKR yang baru.

Pegawai khasnya Faekah Husin berkata tindakan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang menuduh Khalid sebagai dalang itu bersifat kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.

Katanya, tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Khalid, kini permasalahan dalaman PKR pula mahu dilibatkan kepadanya.

"Selaku seorang negarawan, Khalid terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawab. Justeru menuduh beliau sebagai dalang yang bersembunyi penghinaan melampau yang dilakukan pimpinan PKR. 

"Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah ialah bekas ketua pegawai eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan sekarang bertindak sebagai pegawai khas Khalid yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada Khamis, sekumpulan mereka yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Kumpulan itu berkata, pelantikan Mahathir sebagai Ketua Umum PKR dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum akan datang.

PKR dalam reaksinya bagaimanapun menafikan bertanggungjawab terhadap demonstrasi itu.
Fahmi kemudiannya dilaporkan sebuah portal semalam menganggap kumpulan itu serpihan penyokong Khalid.

Mengulas lanjut, Faekah berkata reaksi pantas PKR terhadap demontrasi itu membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.

Katanya, pemimpin PKR perlu berhenti menuding jari kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.

"Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli dengan jujur, bijak dan matang," katanya. -14 Februari, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.