Datuk Seri Najib
Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang
terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai
mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai ‘mengarut’ kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.
Mahfuz (kiri) berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.
“Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.
“Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.