Followers

Monday, February 9, 2015

Membongkar siapa yang menaja Sirul Azhar di Australia ...

Membongkar siapa yang menaja Sirul Azhar di Australia ... 

Pada satu ketika, pesalah yang dijatuhi hukuman mati Sirul Azhar Umar berkata dia tiada wang untuk pulang ke Malaysia. Kini dia menggaji peguam-peguam Australia bagi menghalang usaha ekstradisi. Jadi dia ada wanglah! Soalnya: Di mana dia mendapat wang bagi membiayai pasukan guaman yang mungkin mencecah ribuan dolar Australia? Ada seseorang membayar untuk pihaknya? Atau mungkin Sirul dibiayai kumpulan hak asasi di sana yang membantah keras hukuman mati ke atasnya? Portal The Malaysian Insider melaporkan Sirul akan menentang perintah ekstradisi yang dihadapinya oleh pihak kerajaan Malaysia. “Pasti akan ada perkembangan menarik tetapi saya tidak akan mendedahkannya sehingga segalanya selesai,” ujar peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin. Beliau menafikan Sirul ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen Australia. Kata Kamarul anak guamnya hanya ditahan di pusat tahanan kerana Interpol meletakkan kod merah ke atasnya. Nampaknya misteri pembunuhan wanita Mongolia akan kekal menghantui Malaysia. Kes tersebut sampai ke kemuncak apabila Sirul dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati, tetapi ia tidak akan tamat begitu saja. Sirul kini nampak punyai wang untuk mempertahankan diri agar dapat kekal di Australia.

Pada satu ketika, pesalah yang dijatuhi hukuman mati Sirul Azhar Umar berkata dia tiada wang untuk pulang ke Malaysia. 

Kini dia menggaji peguam-peguam Australia bagi menghalang usaha ekstradisi. Jadi dia ada wanglah! Soalnya: 

Di mana dia mendapat wang bagi membiayai pasukan guaman yang mungkin mencecah ribuan dolar Australia? Ada seseorang membayar untuk pihaknya? 

Atau mungkin Sirul dibiayai kumpulan hak asasi di sana yang membantah keras hukuman mati ke atasnya? 

Portal The Malaysian Insider melaporkan Sirul akan menentang perintah ekstradisi yang dihadapinya oleh pihak kerajaan Malaysia. 

“Pasti akan ada perkembangan menarik tetapi saya tidak akan mendedahkannya sehingga segalanya selesai,” ujar peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin. Beliau menafikan Sirul ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen Australia. 

Kata Kamarul anak guamnya hanya ditahan di pusat tahanan kerana Interpol meletakkan kod merah ke atasnya. 

Nampaknya misteri pembunuhan wanita Mongolia akan kekal menghantui Malaysia. Kes tersebut sampai ke kemuncak apabila Sirul dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati, tetapi ia tidak akan tamat begitu saja. 

Sirul kini nampak punyai wang untuk mempertahankan diri agar dapat kekal di Australia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.