Kenyataan Umum
Masyarakat Jangan Terpengaruh Dengan Hasutan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menggesa Melayu untuk memboikot cina adalah satu kenyataan kurang matang dan memualkan.
Inilah satu lagi bentuk pemikiran terjajah kepimpinan negara yang masih lagi terbelenggu dengan kefahaman perkauman sempit. Apabila seorang pemimpin menitipkan kata-kata “Selagi itulah Cina akan tindas Melayu” secara terbuka akan menganggu-gugat keharmonian kaum.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersetuju sekiranya saranannya adalah untuk memerangi peniaga-peniaga yang menipu harga tanpa mengira warna kulit.
Melayu, Cina, India atau peniaga-peniaga asing yang terus mengambil kesempatan meraih keuntungan yang besar dalam keadaan ekonomi yang lembap ini harus diberikan pengajaran. Akan tetapi, Menteri memilih subjek perkauman sebagai asas hujahnya.
Menteri sepatutnya memberikan tumpuan dan fokus kepada pengusaha pengangkutan seperti kenderaan perdagangan, lori-lori, bas sekolah, bas awam dan sebagainya untuk turut sama menurunkan harga tambang mereka. Kelompok-kelompok ini juga sangat lantang bersuara dan menaikkan tambang mereka semasa harga bahan bakar naik.
Tetapi Menteri terus mensasarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Bagaimana peniaga runcit dapat menurunkan harga jika pengeluar dan pemborong masih mengekalkan harga sedia ada?
SAMM juga ingin mengingatkan Menteri untuk turut bertindak terhadap Tenaga Nasional Berhad.
Sebagai sebuah pemain monopoli industri tenaga, TNB sebenarnya sedang meraih keuntungan berlipat kali ganda dengan penurunan harga bahan bakar dunia ini.
Tetapi pernahkah kita terdengan suara-suara daripada Menteri dan Pengurusan TNB untuk menurunkan harga tarif?
Menteri jangan selektif bila bercakap dalam isu penurunan harga barang ini. Sebagai seorang anggota kabinet, Menteri mempunyai suara untuk mendesak TNB segera menurunkan harga tarif.
SAMM menyeru agar masyarakat Cina khususnya peniaga-peniaga Cina yang jujur dan masyarakat Malaysia keseluruhannya tidak termakan dengan dakyah dan omongan tidak bijak dari Menteri ini.
Tidakkah Menteri terfikir apa yang akan terjadi kepada ekonomi domestik sekiranya semua peniaga-peniaga Cina mengambil ketetapan menutup perniagaan mereka secara serentak sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan tersebut?
Mohd. Faizal Ab. Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.