Magistrate Tegas Tidak Mahu Mengikut Telunjuk !!
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman ke atasnya.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman ke atasnya.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman ke atasnya untuk disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Peguamnya Latheefa Koya berkata, majistret Muslina Mohd Jamil menolak permohonan itu selepas mendengar hujahnya dan empat peguam lain berhubung tangkapannya.
"Polis meminta reman empat hari tetapi kita berpendapat mereka boleh merekodkan kenyataannya tanpa perlu menahannya .
"Kami juga berhujah yang jika permohonan reman itu diberikan, ia akan nampak seperti polis menyalahgunakan kuasa mereka.
"Tambahan pula, sebagai seorang yang dikenali umum, Arutchelvan akan memberi kerjasama sepenuhnya. Selepas mendengar hujah kami, majistret menolak permohonan reman itu, " kata Latheefa.
Beliau berkata polis mempunyai sehingga pukul 7 petang untuk membebaskan Arutchelvan kerana mereka hanya dibenarkan menahan seseorang selama 24 jam tanpa reman.
Katanya, lima peguam berada di sana hari ini bagi mewakili Arutchelvan. Selain Latheefa, turut hadir ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga dan aktivis Syahredzan Johan.
Arutchelvan ditahan di rumahnya di Kajang petang semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan terhadap kenyataan yang didakwa dibuatnya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis turut merampas peralatan elektronik yang dipercayai digunakan Arutchelvan ketika membuat kenyataan di Facebook yang didakwa "menghasut" berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Arutchelvan ialah pemimpin pembangkang terkini yang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana dituduh mengkritik keputusan itu yang mengekalkan sabitan liwat dan hukuman penjara ke atas Anwar.
Orang kuat PSM itu dikatakan mendakwa keputusan mahkamah tertinggi itu bermotifkan politik. – 20 Februari 2015.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.