Followers

Friday, February 27, 2015

Mahfuz bawa ibu jumpa Sirul di Australia Ahad ini Oleh YASMIN RAMLAN


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan ke Sydney, Australia pada Ahad ini, bersama ibu kepada Sirul Azhar Umar.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan ke Sydney, Australia pada Ahad ini, bersama ibu kepada Sirul Azhar Umar.

Datuk Mahfuz Omar bersama ibu dan adik perempuan Sirul Azhar Umar akan berangkat ke Australia untuk bertemu bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu pada Ahad ini jam 11 malam.

Turut menyertai misi khas ke Australia itu ialah seorang pegawai Mahfuz dan peguam, kata ketua penerangan PAS itu mengesahkan satu kenyataan media yang diedarkan hari ini memaklumkan mengenai perkara itu.

PAS sebelum ini dilaporkan berhasrat membawa ibu Sirul, Piah Samad, 74, ke Sydney di mana Sirul ditahan Jabatan Imigresen negara itu.

Difahamkan, mereka bertemu kali terakhir pada tahun lepas sebelum Sirul berlepas ke Australia pada Oktober.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebelum ini dilaporkan berharap Piah dapat bertemu Sirul dan seterusnya membuktikan selama ini beliau sememangnya berkomunikasi dengan bekas polis yang disabitkan dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau turut ditanya mengenai hebahan palsu yang tersebar melalui pesanan Whatsapp mengatakan beliau memanggil satu sidang media yang akan turut dihadiri ibu Sirul di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

"Siapa yang sebarkan mesej tu? Saya pun tidak tahu apa-apa," katanya.

Isnin lalu, Sirul dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS pada jam 11.30 pagi, tetapi beliau gagal dihubungi Mahfuz selepas beberapa kali cubaan.

Bagaimanapun, hampir 2 jam kemudian kira-kira jam 1.10 petang, beliau berjaya dihubungi Mahfuz yang mengatakan Sirul terlebih dulu membuat ‘missed call’ padanya.

Mahfuz berkata, apabila beliau menelefonnya semula, Sirul memberitahu yang beliau sudah bersiap sedia menunggu panggilan untuk telesidang itu sejak pagi.

Sirul kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Interpol.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri selepas sabitan bersalah membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh dilaporkan berkata, menurut rekod imigresen, Sirul ke Australia pada Oktober. – 27 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

PERHATIAN :  Kami rakyat Malaysia Hanya Berdoa  Dato Mahfuz dan pesana kami   lebih berhati hati dan SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI....Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.