Followers

Tuesday, February 17, 2015

Kini polemik solat hajat kes Anwar pula

 
 
Isu sama ada solat hajat dapat mengubah nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi polemik baru sekitar pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) hari ini turut menyentuh isu itu dengan berkata soal makbul atau tidak bukan kuasa manusia.

“Yang penting, di sebalik solat hajat itu adalah mahu meletakkan diri kita sebagai hamba di hadapan Allah,” katanya yang mengaitkan amalan itu dengan konsep merendah diri di hadapan Allah.

Exco pendidikan Selangor itu berkata “memaksa doa agar dimustajabkan dengan segera” tidak disukai Allah, seperti dinyatakan dalam sebuah hadis.

“Jadi, ia tidak sewajarnya dipandang hina.

"Ia bukan kerana tidak dimustajabkan, tetapi ia dilarang dalam hadis bergopoh untuk doa itu dimustajabkan,” katanya.

Seperti tolak takdir, kata MP

Ahli Parlimen Pulai sehari selepas Anwar didapati bersalah, menyifatkan rancangan PKR untuk mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Anwar sebagai “menolak takdir”.

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, solat hajat itu tidak akan mengubah nasib ketua pembangkang itu.

PKR sebelum ini mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bagi menunjukkan setiakawan kepada Anwar.

Parti itu juga menganjurkan solat hajat pada Khamis malam di setiap cabang PKR di seluruh negara. 
 
  
Malaysiakini 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.