Followers

Thursday, February 5, 2015

Jelajah Anwar buat Ibrahim Ali jengkel

 
 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyatakan kejengkelannya ke atas kempen ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai sabitan kes Liwat II.

Ibrahim berkata, kempen itu seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh didakwa di mahkamah.

Apa yang istimewanya Anwar ini? Pada dia, dia tidak boleh disentuh atau didakwa. Jika sentuh dan dakwa dia, ianya konspirasi dan pendakwaan terpilih.

“Dari dulu dia canang propaganda ini. Orang (lain) semua zalim tapi dia saja yang baik,” kata Ibrahim.

Katanya, masyarakat negara ini tidak harus terpengaruh dengan kempen Anwar yang digerakkan dengan slogan "Rakyat Hakim Negara”.

Beliau turut meminta masyarakat berwaspada dengan tindakan pihak yang “mencabar kehakiman dan pihak keselamatan”.

Katanya tindakan tersebut menunjukkan sikap adalah golongan ekstremis dan ganas, katanya lagi yang menyifatkan perkembangan itu sebagai penghinaan kepada mahkamah.

“Ini soal perundangan dan bukan politik. Anwar dan sekutunya yang ambil bahagian dalam menyampai ucapan boleh disifatkan menghina mahkamah,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa depan akan memutuskan sekiranya Anwar akan dipenjarakan bagi kes tersebut.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.