Followers

Monday, February 9, 2015

Hanya Doa Dan Munajat Kepada Allah – Wan Azizah

Selepas 17 tahun keluarganya difitnah,  Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetap tabah berdepan keputusan kes perbicaraan Fitnah II terhadap suaminya, Saudara Anwar Ibrahim.
Redha dengan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini, Wan Azizah mengakui ia merupakan satu ujian yang berat untuk beliau seisi keluarga.
“Ini satu ujian yang berat kepada kehidupan kami sekeluarga. Dasar politik ini sepatutnya digunakan dengan perkara-perkara bermanfaat, bukannya menggunakan isu-isu (tuduhan liwat) seperti ini untuk menjatuhkan musuh politik.
“Jelas ini satu tragedi dalam hidup saya, namun saya anggap ini ujian Allah dan biarlah ia menjadi pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain,” katanya ketika ditemubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.
Menurutnya, Umno tidak mempunyai modal politik selain mengulang semula skrip  sama dilakukan pada 1998 untuk menjatuhkan Anwar dan menganiaya beliau sekeluarga.
Bagaimanapun  beliau percaya kebenaran akan terbukti dan Anwar akan dibebaskan daripada kezaliman.
“InsyaAllah, keyakinan Saudara Anwar dibebaskan itu ada. Kalau sebaliknya, itu satu ujian yang saya terima dan redha. Tetapi tidak menunjukkan kita kalah sebab Anwar memang tidak bersalah,”
“Kalau mengikut penghakiman, sepatutnya kes ini tidak ada langsung dan kebenaran Anwar dibebaskan itu memang terlalu kukuh. Selepas 17 tahun keluarganya difitnah, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetap tabah berdepan keputusan kes perbicaraan Fitnah II terhadap suaminya, Saudara Anwar Ibrahim.

Redha dengan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini, Wan Azizah mengakui ia merupakan satu ujian yang berat untuk beliau seisi keluarga.

“Ini satu ujian yang berat kepada kehidupan kami sekeluarga. Dasar politik ini sepatutnya digunakan dengan perkara-perkara bermanfaat, bukannya menggunakan isu-isu (tuduhan liwat) seperti ini untuk menjatuhkan musuh politik.

“Jelas ini satu tragedi dalam hidup saya, namun saya anggap ini ujian Allah dan biarlah ia menjadi pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain,” katanya ketika ditemubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.

Menurutnya, Umno tidak mempunyai modal politik selain mengulang semula skrip sama dilakukan pada 1998 untuk menjatuhkan Anwar dan menganiaya beliau sekeluarga.

Bagaimanapun beliau percaya kebenaran akan terbukti dan Anwar akan dibebaskan daripada kezaliman.

“InsyaAllah, keyakinan Saudara Anwar dibebaskan itu ada. Kalau sebaliknya, itu satu ujian yang saya terima dan redha. Tetapi tidak menunjukkan kita kalah sebab Anwar memang tidak bersalah,”
 
“Kalau mengikut penghakiman, sepatutnya kes ini tidak ada langsung dan kebenaran Anwar dibebaskan itu memang terlalu kukuh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.