Followers
Wednesday, February 11, 2015
Hadi Awang Ucap Takziah Kepada Keluar Anwar ?
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat di sini bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Ahad lalu, menyifatkan hukuman ke atas Anwar sejarah hitam negara.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat di sini bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat Ahad lalu, menyifatkan hukuman ke atas Anwar sejarah hitam negara.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati ketua umum PKR itu bersalah dan menghukumnya lima tahun penjara.
Presiden PAS itu, yang sedang memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, turut berkata hanya undang-undang Islam mampu memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan kekeliruan.
"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya undang-undang syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam," katanya.
Hadi menyatakan simpati kepada Anwar, menyifatkan keputusan mahkamahh itu "satu lagi sejarah hitam negara".
Katanya, keputusan hari ini mengulangi tragedi ditanggung Anwar sebelum ini, merujuk keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat pertamanya pada 1999 di mana beliau dihukum penjara selama 9 tahun, tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan dan hukuman itu
"Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Anwar dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat," kata Hadi sambil menasihatkan Anwar, ahli keluarganya dan seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat (PR) supaya terus sabar dan istiqamah.
"Semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini," katanya.
Hadi juga menegaskan keperluan ahli dan pemimpin PR bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat dan teguh serta mampu menumbangkan Barisan Nasional.
Hadi akhir-akhir ini dilihat sesetengah pihak sebagai menyumbang kepada perpecahan PR susulan pendiriannya yang kadangkala bertentangan dengan keputusan bersama gabungan itu.
Beliau juga dilihat tidak sehaluan dengan Anwar sejak zaman pergerakan mahasiswa lagi, dan yang terbaharu dalam isu perubahan pucuk pimpinan di Selangor yang bermula dengan Langkah Kajang.
Rancangan itu mengakibatkan kemelut di dalam PR dan ketegangan hubungan antara parti di dalamnya selama beberapa bulan, sehingga perlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor September lepas.
Sehingga Ahad lepas, Hadi tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR selama kira-kira setahun, atas alasan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dan diwakili pemimpin PAS lain. – 10 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.