Followers

Wednesday, February 11, 2015

Adun PKR ditahan, dipercayai cuba halang trak PDRM OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai daripada PKR Tan Ka Heng ditahan polis apabila dikatakan cuba menghalang kenderaan yang membawa keluar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah. –

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai daripada PKR Tan Ka Heng ditahan polis apabila dikatakan cuba menghalang kenderaan yang membawa keluar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah. –

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai daripada PKR Tan Ka Heng ditahan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila cuba menghalang kenderaan yang dipercayai membawa keluar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari mahkamah.

Insiden berkenaan mencetuskan kekecohan apabila penyokong-penyokong ketua pembangkang itu cuba merempuh pengadang besi susulan tangkapan berkenaan.

Trak yang dibawa keluar dipercayai membawa Anwar cuba dihalang penyokongnya apabila mereka membaling botol dan batu ke arah kenderaan PDRM tersebut.

Situasi tegang itu kemudiannya dileraikan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi turut dilihat berada di dalam perkarangan kawasan mahkamah untuk berunding berkenaan insiden tersebut bagi membolehkan Tan dibebaskan.

Mahkamah Persekutuan hari ini, mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan sekaligus menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan daripada yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman."

Anwar memberitahu panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan.

Pagi tadi, ketika mahkamah berhenti rehat sementara menunggu hukuman terhadap Anwar, penyokong ketua pembangkang itu dilihat mula bergerak ke belakang kompleks mahkamah.

Mereka meminta kerjasama polis membenarkan mereka melihat wajah pemimpin mereka buat kali terakhir sebelum beliau dipenjarakan.

Mereka diketuai ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, yang juga ketua koordinator Jingga 13.

Anggota polis kelihatan mengetatkan kawalan mereka di pintu belakang Istana Kehakiman dan tidak menghiraukan permintaan mereka. – 10 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.