SUBANG JAYA – Dua orang guru sebuah taska bukan sahaja diugut, malah
dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan dalam kejadian samun, 4
Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku pada jam 2 pagi ketika kedua orang guru masih tidur sebelum didatangi dua suspek yang bersenjatakan pisau.
“Suspek diugut agar menyerahkan segala barang berharga jika tidak mahu mereka dicederakan.
“Mangsa yang berusia 21 dan 27 tahun itu tetap dipukul dan ditendang. Mereka juga melarikan wang tunai RM300 dan dua telefon bimbit,” katanya.
Menurut Yahaya, pada 7 Februari, kumpulan sama, kali ini bersenjatakan parang memecah masuk sebuah asrama dan mencederakan tiga pekerja warga Nepal menggunakan getah paip.
“Suspek turut melarikan sembilan jenis telefon bimbit selain wang tunai RM4,000.
“Susulan kejadian, kita menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun dalam serbuan berasingan, 8 Februari lalu,” katanya.
Katanya, kesemua suspek direman sehingga 18 Februari ini. Polis juga merampas sebuah kereta jenis Honda Odyssey yang dibawa masuk dari luar negara tanpa dokumen yang sah.
Dalam pada itu, pemeriksaan mendapati dua dari empat suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi, samun dan dadah sejak 2009.
“Mereka juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Subang Jaya, dan bergerak aktif sejak beberapa tahun ini,” katanya.
Sementara itu dalam satu kes berasingan, polis memburu dua lelaki bermotosikal bagi membantu siasatan berhubung dua kes samun stesen minyak di SS14 dan SS17, awal pagi semalam.
Menurut Yahaya, dua kes samun berlaku dalam tempoh empat minit bermula di stesen minyak SS14 pada jam 3.01 pagi.
“Mereka melarikan wang tunai berjumlah RM900 sebelum menghala ke stesen kedua selang satu kilometer dari lokasi samun pertama.
“Dalam tempoh empat minit itu, mereka sekali lagi memecahkan cermin kedai stesen minyak di SS17 dan melarikan wang tunai RM450. Turut dicuri beg duit milik pekerja stesen,” katanya.
Menurut Yahaha, modus operandi adalah sama. Suspek akan meninjau kawasan sekitar sebelum memecahkan cermin kedai menggunakan penukul besi.
“Suspek dipercayai berumur lingkungan 20-an. Ketika kejadian salah seorang akan menunggu di luar premis, sementara seorang lagi memecahkan cermin kedai dan samun,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.