Followers

Monday, February 16, 2015

DR HATTA TERUS MENDAPAT SOKONGAN YANG TIDAK DIDUGA

 
DEMO MENUNTUT PECAT 5 ORANG PEMIMPIN PAS
Ketua Pemuda PAS Kuantan, Norzalilafadli menjemput media untuk hadir bagi menyerahkan memorandum terbuka mendesak Dr Hatta, Mat Sabu, Husam Musa, Phahlorazi dan Aiman Athirah  meletakkan jawatan. Alasannya pemimpin PAS berkenaan berkonspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Dengan pantas Dr Zuhdi Marzuki, COO Pusat Penyelidikan PAS Pusat menyokong memorandum gerombolan itu walaupun Mustafa Ali sudah menafikan adanya konspirasi menjatuhkan Presiden PAS. Sebaliknya Setiausaha Agong PAS itu berkata PAS akan menyiasat demo tersebut. Baca di sini dan di sini.
SIAPA DALANG DEMO INI?

Namun Dr Hatta Ramli tidak bersendirian. Dia masih mendapat sokongan akar umbi. Terkini, YDP PAS Kuala Krai dan juga Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman tidak sanggup terus berdiam diri dan tampil memberi sokongan:
Pengundi Kuala Krai tetap bersama Dr Hatta – Abdul Latiff Abdul Rahman
Published: 15 February 2015 10:10 AM 

Awalnya saya kurang berminat untuk terlibat dalam isu yang melibatkan Dr Hatta Ramli. Bagi saya, ia adalah lebih kepada salah faham. 

Tetapi di saat kita masih bersedih dengan kehilangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kesayangan kita, kita dikejutkan dengan insiden pembakaran kereta Hatta yang berlaku sehari selepas pemergian Tok Guru. Saya berasakan perlu mencatatkan sesuatu. 

Hatta adalah seorang pejuang yang tahan uji yang berkorban untuk parti sehingga akhirnya beliau dianugerahkan kepada kami di Kuala Krai sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut-turut 2008 & 2013. 

Pengundi Kuala Krai memberi undi kepada beliau kerana beliau mewakili PAS walaupun warga Kuala Krai tidak mengenali beliau.

Semenjak beliau di Kuala Krai, tidak pernah pun beliau menyatakan dalam majlis terbuka atau majlis tertutup untuk berkempen supaya PAS Kuala Krai dapat mendokong perjuangan beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden. 

Jika dikira perwakilan, Kuala Krai antara yang paling ramai berbanding kawasan-kawasan lain dari Kelantan, sepatutnya Kuala Krai dulu beliau pengaruhi. 

Saya juga tidak tahu apa cerita sebenar berkaitan "group Whatsapp Hawaii Five O" yang disebut-sebut sehingga berlaku tindakan yang kurang enak di Pejabat Agung PAS minggu lepas dari sebahagian anggota jemaah Islam terbesar di Malaysia ini. 

Saya tidak menganggap diri saya sebagai ulama tetapi yang pasti saya adalah pencinta ulama yang juga berlatarbelakangkan agama sejak dari kecil. Terasa cukup malu dengan insiden tersebut yang dipimpin golongan yang mungkin sama latarbelakang mereka dengan saya. 

Acap kali sewaktu berucap khususnya dalam program tarbiah saya menekankan, tarbiah bukan hanya menghabiskan teks usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain lagi, tetapi yang lebih penting pelaksanaan kepada manhaj tarbawi tersebut dalam diri kita sebagai abna'ul harakah khususnya yang melibatkan akhlak apatah lagi sesama kita. 

Janganlah kita menjadi pemusnah kepada parti kita dengan sebab akhlak yang kita tunjukkan. 

Memetik pujangga Arab yang bermaksud: 

"Sesuatu ummah itu akan kekal selama mereka berakhlak, apabila tiada lagi akhlak di saat itu mereka akan hancur". 

Parti kita ada Jawatankuasa Disiplin yang boleh diajukan sebarang aduan salah laku ahli termasuk juga pimpinan untuk disiasat dan diambil tindakan apabila terbukti bersalah. Adakah ada mana-mana ahli atau PAS Kawasan yang mengemukan aduan mereka kepada Jawatankuasa Disiplin Parti? Gunalah saluran sedia ada dengan bukti-bukti yang cukup untuk sama-sama kita bersihkan jemaah kita daripada unsur yang boleh merosakkan. 

Di saat kami di Kuala Krai berkalut memulihkan keadaan mangsa yang terlibat banjir supaya dapat dipulihkan sesegera mungkin. 

Alangkah manisnya jika sahabat semua turut serta bertungkus lumus membantu mengurangkan bebanan yang kami terima ini. 

Saudara Hatta sendiri, walaupun gelombang pertama beliau berada di Makkah menunaikan umrah tetapi semenjak gelombang kedua berlaku pada 24 Disember 2014 sehinggalah ke saat ini, beliau antara tonggak yang sangat bekerja keras menyalurkan bantuan termasuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada sebahagian besar mangsa yang rumah mereka rosak yang berjumlah lebih 1,600 buah rumah. 

Di saat yang sepatutnya semua ahli PAS bersama beliau bahu-membahu meringankan bebanan yang berat ini, tiba-tiba beliau dibalas dengan ujian yang seberat itu. 

Bagi insiden cubaan membakar kereta beliau pula saya tidak pasti apa motif sebenar? Adakah untuk menakut-nakutkan Hatta? Atau ada yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh? 

Saya penuh yakin Hatta tidak akan berganjak walaupun diugut sehebat mana sekalipun. 

Apa pun motifnya bagi saya tindakan tersebut adalah tindakan yang tidak bertamadun yang boleh merosakkan iklim politik negara kita. 

Saya selaku YDP PAS Kuala Krai mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap insiden yang berlaku itu. 

Buat Hatta, saya yakin beliau tidak mudah mengalah dengan insiden ini, dan saya berharap beliau akan teruskan perjuangan beliau dengan lebih cekal lagi. 

Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang benar dan sabar. 

Sekian. – 15 Februari, 2015 (SUMBER)

Ingat Dr Hatta akan hilang sokongan setelah difitnah ingin menjatuhkan kepimpinan ulama?
Meleset sekali pencaturan strategi gerombolan budak-budak ini. Sokongan muncul dari negeri yang kuat kuasa ulamanya.

Tapi siapakah di belakang Ketua Pemuda PAS Pahang?

Sudah terang lagi bersuluh:
BEGINIKAH AKHLAK ULAMA? 

Pada hari Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun, keratan di atas itu adalah komen di Facebook ustaz Mokhtar Senik (bekas ulama Almaunah) yang membaca doa semasa demontrasi yang diketuai Norzalilafadli.

Membaca komen ustaz ini, malu kita yang menyokong kepimpinan ulama.

Apabila pemimpin yang dituntut supaya dipecat itu berjawatan sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, kita sudah dapat membaca apa yang implicit (tersirat).

Ketua Pemuda Kuantan mahu jawatan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dipegang oleh orang yang kurang pengalaman, yakni second best, kerana Dr Hatta is the best man yang dilantik oleh Presiden PAS.

Bukan itu saja, lima orang yang namanya disebut adalah pemimpin yang berpengalaman dalam menangani sepak terajang politik UMNO.

Kenapa nak lantik orang yang kurang pengalaman?

Agak-agak cerdik tak Ketua Pemuda PAS Kuantan?

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.