Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin.
Lagi al Fatihah. Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.
Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government.
Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.
Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali. Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu.
Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan.
Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.
Kemaharan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas.
"Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham. Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu.
Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim.
Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.
Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.
Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini.
Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem.
Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan. Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU).
Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.
Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.
Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.
Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.
Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtra Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan.
Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu.
Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai. Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma.
Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka. Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa.
Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.
Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.
Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama.
Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.
Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.
Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Ahad, 15 Februari 2015
Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG
MSO
Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen
berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh
mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz
Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.
Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak
balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang
sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.
Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada
bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang
pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno
menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui
sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.
Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah
ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.
Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak
setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul
mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu
akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain
menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain
memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.
Kemaharan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta
bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk
Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira
begitulah ucapan Allahyarham.
Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban
diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka
apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan
juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada
akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas
menjelang tiba akan membuat penentuan.
Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas
membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada
apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih
lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.
Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah
jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang
ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak
dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no
problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.
Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu,
kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura
Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan
pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab
memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.
Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus
mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya
beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah
menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi
menteri kabinet.
Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas -
Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi.
Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.
Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas
bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan
sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan
kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.
Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtra Ummah
Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada
usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat
konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama
dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih
projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek
perdana yang terbangkalai.
Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan
mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban
atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci
Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.
Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan
kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada
agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi
dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan
untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.
Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP
harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang.
Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau
sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha
bekerjasama dengan Umno.
Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang
tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP
bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara
maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat
perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013
adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.
Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada
tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor
kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan
kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.
Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi
memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini.
Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.