Followers

Monday, February 23, 2015

Dewan Ulama lancar ‘perang’ terhadap PasMa

Hebat Multaqa Ulama Tapi Takut Kepada PasMA...


 
Dewan Ulama PAS hari ini melancarkan “perang” terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu.
 
 
Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, PasMa secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Majlis Syura Ulama sendiri mengeluarkan arahan agar ahlinya tidak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.

"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PasMa jelas menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya pada ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.

Beliau juga mengingatkan yang sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.

Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang disandangnya, kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.

"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS itu yang bagaimanapun tidak dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara lain, beliau juga turut membidas satu pakatan yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman untuk menjatuhkan presiden terdiri daripada kalangan pemimpin PAS Pusat serta ahli jawatankuasanya (AJK).

"Sekiranya benar dakwaan tersebut, Dewan Ulama PAS meminta kepada pihak yang membuat dakwaan supaya membuat laporan displin bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan dan berpanjangan.

"Satu siasatan dalaman boleh dilakukan. Sekiranya tiada laporan displin dibuat, ia akan mengundang budaya tuduh menuduh tidak berkesudahan," katanya.

Pada 8 Februari, sekumpulan ahli PAS menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Hadi.

Menuntut peletakan jawatan Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai, kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu membuktikan dakwaan mereka melalui satu akuan berkanun dan cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp.

Ahmad hari ini turut menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Displin menyegerakan siasatan mengenai dakwaan tersebut.

"Ataupun ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bukan dianggotai AJK PAS Pusat untuk menyiasat berkenaan laporan dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya.

"Pihak kami memandang serius terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan persoalan wala' dan akhlak yang boleh merosakkan imej parti berasaskan Islam," katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan, kerajaan Kelantan tetap akan melaksanakan hukum hudud pada tahun ini meskipun ada pihak yang memainkan sentimen tidak puas hati.

"Ini tidak lain hanya kerana pemikiran liberal yang merosakkan akidah semakin menular di kalangan ahli PAS yang menyokong PasMa, dan mereka sanggup memberikan wala' (kesetiaan) mereka kepada pemimpin parti lain, tetapi tidak kepada Presiden PAS," katanya.

Pada masa sama, Ahmad memberi amaran, meskipun konsep tahaluf siyasi diamalkan sesama parti komponen Pakatan Rakyat, namun ia tidak boleh membelakangkan parti itu sendiri.

"Perlu diingat oleh ahli PAS, di kala kita bertahaluf, jangan sampai ada berlaku wala' kepada rakan tahaluf. Kita bekerjasama untuk mencapai tujuan disepakati, tanpa mengenepikan dasar PAS," katanya.

Semalam, dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook miliknya, Hadi mengingatkan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti atau melakukan sesuatu yang merugikan parti.

"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.

"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah (perjanjian) kepada kumpulan Islam," kata Hadi sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS. – TMI

ULASAN GB

Tiba-tiba PasMA dijadikan musuh. Majlis Multaqa Ulama PAS dijadikan medan untuk "membelasah" saudara separti dan seagama

Hikmah yang tersembunyi: PasMA mendapat publisiti besar-besaran secara percuma. Terima kasih para ulama.

Ulama sanggup mengisytiharkan "perang' terhadap PasMA. Hebat PasMA. Anda digeruni oleh para ulama PAS sehingga mereka mengisytiharkan perang. Tetapi takut nak pecat. GB tertunggu-tunggu juga mereka memecat ahli-ahli PasMA tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian. Apa pasal tarak berani?

Hanya kerana nak mempertahankan Presiden, mereka juga menghentam Mat Sabu secara terbuka. Sedangkan Mat Sabu dipilih oleh Muktamar. Kini cadangkan juga mana-mana ulamak yang dah perasan hebat tampil ke hadapan untuk bertanding apa-apa jawatan untuk menentang Mat Sabu. 
 
Hj.Mahfodz Mohamed ada berani? Zuhdi Marzuki ada berani? Ahmad Yaakob? Nik Amar? Mokhtar Senik? Malah jika Hj Hadi dipertandingkan satu lawan satu dengan Mat Sabu pun belum tentu Mat Sabu tewas!


Ahli-ahli PAS lebih kenal Mat Sabu dan lebih menghargai jasa dan sumbangannya terhadap parti berbanding dengan para ulama yang yang berretorika tetapi amat jarang kelihatan berjuang bersama rakyat.

Sementara yang seorang lagi ulama punyalah taksub kepada Hj Hadi sampai kata kalau tak sokong Haji Hadi letak jawatan. Sedangkan Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.


Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar.

Muktamar pernah menurunkan Dato Asri Muda sebagai Presiden PAS, dan insyaAllah muktamar juga boleh/akan menurunkan Hj Hadi sebagai Presiden PAS dengan cara yang serupa. Ia adalah satu perkara yang biasa di dalam pemilihan. PAS bukan milik kelompok ulamak malah bukan milik Hj Hadi. 
 
Pertukaran Presiden telah berlaku berkali-kali di dalam parti dan ahli-ahli PAS berhak untuk mencalonkan, berkempen dan memilih sesiapa saja yang mereka fikir layak untuk dipilih sebagai Presiden.

Jika ada yang berkempen memburukkan Hj Hadi maka ia adalah akibat dari tindakan buruk yang dilakukan oleh Hj Hadi sendiri. Itu sunnatullah. Kamu melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang lain maka yang buruk juga akan menimpa kamu. 
 
Kamu BARUAkan orang maka barua itu akan berbalik kepada kamu. Kamu memfitnah orang bab pil kuda, maka dosa fitnah itu berbalik kepada kamu dimana meskipun Shamsul PKR tewas di mahkamah tetapi maruahnya tidak hilang berbanding dengan maruah Hj.Hadi dimana mahkamah memutuskan "memang ucapan Hj Hadi itu berunsur fitnah!" 
 
Dimana letak maruah seorang Presiden parti Islam yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sedemikian rupa?

Kamu mengaibkan Wan Azizah secara terbuka, satu hari kamu akan diaibkan dengan serupa....itu sunnatullah....

Akhir sekali tak payahlah GB ulas panjang iaitu seorang perwakilan ulamak menyatakan dalam PAS banyak syaitan. Jika dalam PAS banyak syaitan kamu para ulamaklah iblisnya... tak begitu?



Apasal, kamu bertanya? Sebab kamu yang mengistiharkan perang kepada para ahli jemaah, kamu (para ulamak) mengeluarkan kata-kata nista seperti Barua, Babi dan seumpamanya. Siapa yang mengajar kamu para ulamak untuk berbahasa kesat seperti itu jika bukan Sang Iblis?



Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.