Followers

Monday, February 23, 2015

“Dasar Bersama PR patut diberi keutamaan, contohilah Nik Aziz” -Lim Kit Siang



Malaysia General Election 2013

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini sekali lagi memohon semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kembali kepada agenda tunggal Dasar Bersama.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, agenda tunggal harus diberikan tumpuan dengan menitikberatkan usaha menyelamatkan ikatan bersama dan menghentikan sebarang usaha menjejaskan kestabilan serta merosakkan PR seperti hudud.

“Tugas utama kini adalah bersama-sama menyelamatkan PR dengan menerima pakai ‘Peta’ sepanjang lapan tahun yang merupakan resepi kejayaan dalam Pilihanraya Umum (PRU) 2008 dan 2013 iaitu pematuhan terhadap Dasar Bersama yang mengikat ketiga-tiga pihak.

“Kita juga harus kembali kepada prinsip operasi konsensus yang memerlukan persetujuan ketiga-tiga pihak sebelum sebarang dasar atau isu boleh mewakili PR.

“Saya amat berharap pemimpin PR kembali kepada agenda tunggal dengan memikirkan formula untuk menyelamatkan ikatan, pada masa sama menyelamatkan negara termasuk Anwar daripada lima tahun penjara yang bererti juga penafian hak sivil serta hak kewarganegaraannya selama lima tahun lagi sebagai wakil rakyat mahupun untuk mengundi. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.