Followers

Wednesday, February 4, 2015

DAP akan hadir mesyuarat Pakatan kalau Hadi beri komitmen sama


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata DAP akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata DAP akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu.

DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) membincangkan isu-isu yang masih tidak selesai antara mereka sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu, kata Anthony Loke hari ini.

Merujuk laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik sumber mengatakan pimpinan PAS pusat menegaskan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu memohon maaf kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu nanti.

"Soal mohon maaf tidak timbul, DAP akan hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR dengan kehadiran presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Saya ingin menegaskan yang soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Mustafa tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak," kata ahli Parlimen Seremban itu dalam satu kenyataan hari ini.

Loke berkata, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP meluluskan satu resolusi sebelum ini yang menegaskan, pimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR dengan kehadiran Hadi.

Ini bagi mengelakkan keadaan di mana apa-apa keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu tidak direstui kemudiannya oleh Hadi.

Katanya, polemik yang timbul mengenai isu pilihan raya kerajaan tempatan sejak dua minggu lalu juga jelas menunjukkan terdapat suara daripada pimpinan PAS sendiri, termasuk beberapa ahli Parlimen dan pemimpin veteran PAS, yang menyatakan sokongan mereka secara terbuka mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh negara.

"Kami ingin mengulangi pendirian kami yang semua usaha dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang ke arah matlamat tersebut sudah dimaklumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Hadi dan Mustafa. Dan tidak pernah ada bantahan daripada mereka sebelum ini.

"Matlamat untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan juga amat jelas selari dengan agenda dan Dasar Bersama PR," katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini merayu agar mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PR dapat diadakan sebelum beliau menghadapi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan kes liwat pada 10 Februari ini.

Beliau merayu DAP dan PAS menghentikan pertelagahan sesama mereka dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian sebagai rakan parti dalam gabungan yang sama.

Katanya, pihaknya mahu PR duduk semeja dan berbincang sebelum tarikh itu. – 3 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.