Followers

Tuesday, February 3, 2015

Cubaan keluarkan Sabah dari Malaysia satu penderhakaan, kata ketua polis




"PDRM tidak bertolak ansur dengan apa saja perbuatan yang melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaan. Tindakan tegas akan diambil.

"Saya beri peringatan kepada mereka yang cuba mainkan isu ini dan hasut rakyat. Tunggulah tindakan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan bola sepak PDRM Liga Super musim 2015, di Putrajaya, semalam.

Ahad lepas, sembilan suspek ditahan selepas disyaki mengedarkan risalah "Sabah, Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)" di beberapa lokasi di tamu (pasar minggu) Tuaran antara 9.50 pagi dan 10.42 pagi.

Berikutan tangkapan itu, sebanyak 113 risalah pelbagai tajuk dan beberapa buah buku dirampas daripada suspek untuk membantu siasatan.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak akan bertolak ansur mengenai perbuatan yang melanggar perlembagaan.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak akan bertolak ansur mengenai perbuatan yang melanggar perlembagaan.

Polis tidak akan membiarkan sebarang cubaan pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia kerana ia melanggar undang-undang dan boleh dianggap penderhakaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau telah mengeluarkan arahan tegas kepada pegawai PDRM di Sabah dan juga Sarawak berhubung perkara tersebut.




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata kesemua sembilan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas rakaman percakapan diambil.

Mengenai seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh sewaktu pertempuran membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina, Khalid berkata PDRM masih menunggu pengesahan laporan itu.

"Bergantung kepada Filipina. Kita masih menunggu. Kita tidak dapat mengesahkan bahawa Marwan terbunuh dalam pertempuran di Filipina," katanya.

Laporan media Filipina sebelum ini, menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota lain.

Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan dalam pertempuran kira-kira 11 jam di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF, baru-baru ini. – Bernama, 3 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.