Followers

Saturday, February 14, 2015

BN putuskan kerusi Permatang Pauh, Chempaka selepas SPR tetapkan tarikh OLEH ELIZABETH ZACHARIAH



Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata kekosongan kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang juga hanya akan diumumkan dalam 10 hari selepas menerima surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata kekosongan kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang juga hanya akan diumumkan dalam 10 hari selepas menerima surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat.

Barisan Nasional (BN) hanya akan membuat keputusan mengenai sebarang langkah susulan berhubung kekosongan di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kedua-dua kawasan tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan dan BN tidak akan terburu-buru walaupun memaklumi kemenangan BN di 2 PRK terakhir, iaitu di Pengkalan Kubor dan Teluk Intan.

"Bila sudah terima pengesahan (dari SPR), BN akan membuat keputusan setelah berbincang dengan bahagian dan negeri-negeri berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Pada Selasa, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kekosongan kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang akan diumumkan dalam masa 10 hari selepas menerima surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh apabila habis tempoh 14 hari daripada tarikh beliau disabitkan dan dihukum atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun.

Aziz juga berkata, sekiranya Anwar berhasrat ingin kembali bertanding dalam pilihan raya, beliau hanya boleh berbuat demikian selepas 5 tahun daripada tarikh dibebaskan.

Kerusi DUN Chempaka di Kelantan pula kosong apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru pada Khamis jam 9.40 malam akibat kanser prostat.

Bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu memegang kerusi itu sejak tahun 1990.
Najib berkata semalam, mesyuarat itu juga membincangkan sabitan kes Anwar dan kematian Nik Aziz, serta mengkaji perkembangan politik semasa.

"Kita kaji segala sudut, kita ambil kira prestasi kita yang lebih baik di Pengkalan Kubor apabila kita menang dengan majoriti bertambah, dan di Teluk Intan kita menang," katanya kepada media.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, BN menang 4 dari 7 PRK yang diadakan iaitu di Kuala Besut, Balingian, Pengkalan Kubor dan Teluk Intan.

Najib bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada BN akan mempertimbangkan memberi jalan kepada PAS mengekalkan kedudukannya di Chempaka sebagai penghargaan kepada Nik Aziz. – 14 Februari, 2015.


Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.