Followers

Thursday, February 26, 2015

Benarkan Anwar hadir sidang Parlimen Mac ini


 SHAH ALAM – Sekretariat Parlimen PKR akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu hadir pada sidang Parlimen akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat kerana beliau masih kekal sebagai Ahli Permatang Pauh sehingga diputuskan Yang di-pertuan Agong kelak.

“Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, sebagai Ketua Pembangkang, beliau patut dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

“Oleh yang demikian, persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan isteri dan anak-anak Anwar menghantar permohonan pengampunan DiRaja kepada Yang Di-Pertuan Agung semalam.

“Mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam telah menyatakan sokongan penuh kepada  (“royal pardon”) yang dibuat oleh keluarga beliau di atas ketidakadilan ketara (“gross miscarriage of justice”) yang telah berlaku terhadap beliau.

“Pihak kami juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarganya yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami,” katanya lagi. - SH


Lagi Berita


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.