Followers

Sunday, February 22, 2015

Azmin nafi jumpa Dr M di London

 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London.

Azmin turut meminta semua pihak supaya tidak melayan fitnah yang mengatakan beliau bertemu Mahathir, lapor Sinar Harian.

"Usah terpengaruh dengan fitnah penulis blog.

"Kita bawa politik baru, politik nilai dan keharmonian demi rakyat," katanya dilaporkan sebagai berkata.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Azmin kini berada di London, beliau enggan mengulas lanjut.
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.