Followers

Sunday, February 22, 2015

Anwar kekal ketua umum PKR, kata Surendran Oleh V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran yang juga naib presiden PKR berkata Pendaftar Pertubuhan tidak boleh mengarahkan parti menyingkirkan Anwar. –

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran yang juga naib presiden PKR berkata Pendaftar Pertubuhan tidak boleh mengarahkan parti menyingkirkan Anwar. –

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara kerana sabitan kes liwat, akan kekal sebagai Ketua Umum PKR walaupun beliau bukan lagi ketua pembangkang dan ahli Parlimen, kata seorang pemimpin parti itu.

N.Surendran, salah seorang ahli jawatankuasa pusat parti, berkata Anwar akan mengekalkan kedudukan itu kerana parti mengiktiraf sumbangan beliau yang tidak ternilai.

"Jawatan ketua umum tidak berkait dengan undang-undang dan Pendaftar Pertubuhan tidak boleh mengarahkan kami menyingkirkan Anwar dari PKR," katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kedudukan ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas Selasa ini.

Surendran, ahli Parlimen Padang Serai dan seorang peguam, juga berkata tiada sebarang halangan untuk Anwar kekal sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah presiden parti PKR.



Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selepas tempoh 14 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil memandangkan Anwar tidak memohon pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong .

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati, dakwaan konspirasi politik oleh pasukan pertahanan merupakan tuduhan tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful ialah seorang saksi yang boleh dipercayai. – 22 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.