KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung
Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman
untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.
"Tak ada (konspirasi), saya
tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat
Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.
Sementara itu ketika ditanya
mengenai perkembangan terkini mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pas
Pusat hari ini, beliau berkata pihak membincangkan urusan parti termasuk
meluluskan keahlian baharu dan pemilihan parti itu pada Jun ini.
"Mesyuarat Pas hari ini biasa,
ada kelulusan ahli baru, bentang laporan kewangan dan dari soal
pemilihan itu, tak banyak pembaharuan, pengerusi pemilihan masih Asmuni
Awi lagi.
"Tadi kita bincang dari segi
tempat muktamar, dicadangan di Kuala Selangor, tapi akan perhalus kita
akan buat beberapa tempat," ujarnya.
Dalam pada itu, hari ini juga
akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan PR dan beliau memberi jaminan
Abdul Hadi akan hadir nanti.
"Beliau (Abdul Hadi) ada di sini, bila-bila masa (hadir) tiada masalah," katanya lagi.
Ditanya tentang kehadiran
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau berkata tidak dapat
memastikannya dan hanya perlu menunggu mesyuarat berjalan petang ini.
Addin:
Harap mereka yang terlibat
bertaubat kerana tuduhan tersebut terlalu berat dan tanpa bukti kukuh.
Mujurlah Dr. Hatta tidak bertindak untuk saman fitnah.. tidak sia-sia
je. Berikutlah adalah printscreen whatsapp yang kononnya dijadikan bukti
oleh mereka..
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.