Followers

Friday, January 23, 2015

Universiti Australia jauhkan diri daripada Taib Mahmud, kata BMF



Universiti Adelaide menjauhi alumninya, Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kata Bruno Manser Fund.

Universiti Adelaide menjauhi alumninya, Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kata Bruno Manser Fund.

Universiti Adelaide kini menjauhi alumninya, Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kata Bruno Manser Fund (BMF).

Kumpulan alam sekitar dari Switzerland itu berkata, pihak universiti itu juga sedang berusaha untuk menukar nama sebuah kawasan di universiti itu daripada nama Taib pada nama lain.

Perkara itu dimaklumkan naib canselor yang juga presiden universiti Prof Warren Bebbington dalam satu surat kepada BMF.

Kumpulan itu memuji langkah yang diambil universiti berkenaan untuk tidak menggunakan nama Taib di kawasan tersebut.

"Namanya memalukan dan membawa kehinaan bukan saja kepada universiti tetapi kebanyakan pelajar Malaysia.

"Universiti tersebut tidak menerima sumbangan Taib sejak 10 tahun lalu dan mendakwa tidak mempunyai hubungan dengannya malah lewat tahun lalu permintaannya untuk melawat dan menghadiri ulang tahun makan malam gala ke-140 juga ditolak,” kata BMF dalam satu kenyataan hari ini.

Universiti itu juga dilaporkan berdepan kritikan keras atas dakwaan menerima sumbangan besar Taib namun jumlahnya tidak didedahkan.

Taib melanjutkan pengajian di Universiti Adelaide pada lewat 1950-an apabila dianugerahkan biasiswa Rancangan Colombo.

Sekembalinya ke Sarawak, Taib dilantik sebagai menteri di negeri itu oleh gabenor British terakhir pada 1963.

Beliau menjadi menteri Kabinet sejak lebih 50 tahun lalu dengan pelbagai portfolio di peringkat negeri dan persekutuan.
Taib dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Februari tahun lalu.

BMF mendakwa di bawah pemerintahan Taib, kes rasuah semakin menjadi-jadi di Sarawak.

“Walaupun Taib merupakan rakyat biasa, beliau dan ahli keluarganya hari ini merupakan golongan yang terkaya di Malaysia,” kata BMF. – 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.