Entah apa erti keamanan yang diwar-warkan oleh PM 1Malaysia? Alam pun tak setuju dengannya.
Alam terus memprotes, sebagaimana protes rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kini, banjir bukan hanya melanda Semenajung Malaysia, tetapi telah melarat ke Sarawak.
Bukan hanya bilangan mangsa yang dipindahkan semakin meningkat kerana
air yang naik, tetapi bahaya dari spesis lain juga menimbulkan
kerisauan.
Sebuah facebook yang banyak informasi mengenai banjir telah memuatnaik
sekeping gambar ular dan buaya yang berjaya ditangkap di Samarahan.
SUMBER KAMEK MIAK |
Tahniah kepada petugas JPAM kerana berjaya menangkap haiwan ganas tersebut sebelum ada manusia yang menjadi mangsa.
Banjir bukan hanya menyebabkan manusia yang terpaksa melarikan diri,
tetapi haiwan liar juga terjejas habitatnya. Seperti manusia, haiwan
akan mencuba adaptasi dengan keadaan (iklim, geografi, etc.) yang
berubah demi survivalnya. Tetapi keadaan persekitaran yang tidak sesuai
dengan kehidupannya, dia harus melarikan diri (pindah) atau mati.
Penebangan hutan, desertifikasi, kemarau panjang, pembinaan empangan,
banjir, etc (deforestation, desertification, drought, dam, flooding,
etc) - semua ada kaitan.
Akibat tidak dapat mengadaptasi dengan keadaan di kawasan habitatnya,
haiwan liar ini mungkin merayau-rayau sehingga ke tempat yang dirasanya
selamat.
Ternyata banjir di Sarawak lebih merbahaya dari di Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.